Tuesday 28 March 2017

Anak Polis Yang Ditangkap SPRM Buat Laporan, SPRM Aibkan Ayahnya


Masih lagi cerita anggota polis yang ditangkap SPRM tempoh hari dan kali ini anak kepada salah seorang daripada anggota polis tersebut telah membuat laporan polis kerana tidak puas hati terhadap tindakan pegawai SPRM tersebut.

Baca :  Anggota SPRM Yang Menangkap Anggota PDRM Membalas Dendam Lama Terhadap PDRM?

Seorang perempuan yang merupakan anak kepada anggota polis iaitu Sarjan Mohamad Esri Ahmad terkejut membaca berita mengenai ayahnya di internet dan melihat gambar dua anggota polis sedang dicekup kolar dan bergari.


Dia mendakwa salah seorang daripada anggota polis dalam gambar tersebut adalah ayahnya dan dia tidak berpuas hati kerana gambar tersebut telah diambil daripada kereta jenis Hilux bewarna hitam dan mengesyaki milik pegawai SPRM.

Tujuan pengadu membuat laporan polis untuk merujuk kepada pihak berkuasa mengenalpasti orang yang bertanggungjawab mengambil serta menyebar gambar tersebut kerana telah menjatuhkan maruah dan mengaibkan keluarga pengadu serta ingin menjaga imej Polis Diraja Malaysia.

Gadis berusia 20 tahun itu membuat laporan polis atas tujuan supaya pihak berkuasa mengenal pasti dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab mengambil gambar dan menyebarkannya kerana telah mengaibkan keluarganya serta mencemarkan imej PDRM.

Sumber: http://www.tehpanas.com



1 comment:

  1. aku tak faham.
    Polis2 semua komen kat sini & FB macam rasuah tu normal.
    Takde langsung komen "Padan muka kena tangkap, siapa suruh ambik rasuah, sekarang pasal ko, semua PDRM terpalit"

    Dah kantoi, baru kau terfikir SOP & maruah baju polis bagai?

    Masa ambik rasuah, tak terfikir pulak?

    Tolonglah jangan ambil rasuah....

    ReplyDelete